Monday, August 31, 2009

7 . ASPEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MEDAN INFO DESA (MID) Tampin di Kg Tengah menjadi teras utama dalam mempertingkatkan kemahiran komputer bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga kepada penduduk dari kampung-kampung lain .

Setakat ini MID telah mengadakan kira-kira 100 kursus dengan output seramai 2,000 peserta , dimana sebahagian besarnya terdiri dari kalangan pemimpin JKKK , ahli-ahli persatuan belia dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah .

Jawatan kuasa Biro Teknologi Maklumat ini di Pengerusikan oleh Puan Zarina Mohamad , Setiausaha Cik Fazlin Baharudin dan dianggotai oleh Norhafida Hussin , Mohd Shahmi Mohd Darif , Aida Edon dan Rizal Alias .

Baru-baru ini satu bengkel penyediaan dan pengemaskinian Buku Profail Kampung JKKK /GDW telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik dari JKKK seluruh daerah ini .



Peserta bengkel bergambar kenangan dengan Penghulu Mukim , Penyelia Kemas dan Pengerusi JKKK Kg Tengah .


Setakat ini , hampir 80 peratus penduduk tempatan tahu menggunakan komputer dimana sebanyak 38 buah rumah mempunyai komputer pribadi masing-masing dirumah .
Mereka yang masih belum tahu menggunakan komputer terdiri dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun keatas tetapi usaha sedang dibuat oleh JKKK dan MID bagi membantu mereka mengenal dan tahu menggunaka komputer .
Pendedahkan kepada teknologi maklumat saperti penyediaan blog ini dengan isi kandungan merangkumi aktibiti penduduk , diharap dapat meransang minat mereka blajar komputer bagi mengetahui aktibiti yang telah dan sedang dijalankan .

JKKK Kg Tengah juga mempunyai e mail sendiri iaitu kgtengah@yahoo.com bagi kegunaan JKKK berhubung dengan dunia luar melalui internet .

2 comments:

  1. salam buat org kg tengan....

    ReplyDelete
  2. untuk nak sembang dengan orang kg tengan yang on-line cmne?..contoh melalui YahooMessenger atau FACEBOOK?ok buat ahli AJK yang berkeja keras selamat maju jaya.Pengerusikan oleh Puan Zarina Mohamad , Setiausaha Cik Fazlin Baharudin dan dianggotai oleh Norhafida Hussin , Mohd Shahmi Mohd Darif , Aida Edon dan Rizal Alias.

    untuk Rizal Alias rajin-rajin lah tolong/bantu TOK JOHARI tu..

    ReplyDelete