Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Shawal telah menjelma .

Aidifitri telah menjelang .

Sanak saudara berkunjung sama .

Memohon maaf jika ada kesilapan .

JKKK Kg Tengah begitu jua .

Kesilapan yang ada di perbetulkan .

Kesalahan di maafkan .

Lomang yang di bakar di makan samo .

SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG TENGAH , GEMENCHEH


SELURUH PENDUDUK DAN KEPIMPINAN

KAMPUNG TENGAH , GEMENCHEH

MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN

PENGERUSI DAN JAWATANKUASA

PENEL PENILAI

ANUGERAH DESA CEMERLANG ( ADC ) 2009

SEJARAH KAMPUNG


Kg Tengah , Gemencheh diberi nama berdasarkan kedudukan geografinya berada ditengah-tengah perjalanan antara Tampin dan Gemas .

Berada kira-kira 30 kilometer dari Tampin dan Gemas , dan nama Kg Tengah wujud apabila JKKK diwujudkan di kampung ini .

Ia hasil cadangan Tuan Haji Ahmad yang merupakan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK pertama bagi Kg Tengah .

Sejarah awalnya , Kg Tengah dibuka oleh Tok Jelawai dan merangkumi 5 buah kampung kecil yang terdiri dari Kampung Luar , Kampung Padang Jual , Kampung Batang Rokan , Kampung Dusun dan Kg Bukit Terbakar .

Apabila JKKK diwujudkan dan nama kampung di tukar kepada Kg Tengah , ke semua lima kampung tadi bergabung dibawah nama Kg Tengah , Gemencheh dan kekal sahingga sekarang .

LOGO KG TENGAH , GEMENCHEH

KETERANGAN WARNA
Warna Biru PERPADUAN
Warna Kuning KEDAULATAN
Warna Merah KEBERANIAN
Warna Hijau KEHARMONIAN
KETERANGAN LOGO
TIGA BANGSA BERPIMPIN TANGAN
BUMBUNG MINANGKABAU MELAMBANGKAN NEGERI BERADAT
KOMPUTER MERUPAKAN SUMBER MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN MASA KINI

1 . ASPEK KEPIMPINAN DAN INSTITUSI






Bantuan kepada orang miskin yang disampaikan oleh exco kerajaan negeri YB Puan Zainab Nasir .










Pengerusi JKKK Kg Tengah sedang menyampaikan ucapan disatu majlis .


PINTU GERBANG YANG MENJADI KEBANGGAN PENDUDUK KG TENGAH , GEMENCHEH YANG DIBINA DIBAWAH PERUNTUKAN GDW

KEPIMPINAN tertinggi di peringkat Kg Tengah ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dimana Ketua kampung juga menjadi Pengerusi JKKK . Organisasi lain ialah Pasukan Rela , Rukun Tetangga , Gerakan Daya Wawasan (GDW) , Belia , Umno , JK Masjid , JK Taman, Medan Info Desa dan banyak lagi .

Semua organisasi ini bernaung dibawah JKKK dan JKKK menjadi badan induk utama sebagai penyelaras kepada aktibiti dan kegiatan penduduk kampung

Pengerusi JKKK / Ketua Kampung JOHARI A MAJID


Penduduk sedang mempersembahkan tarian poco-poco

Berbagai aktibiti diatur oleh JKKK antara senamrobik sempena sambutan sukaneka dan hari keluarga penduduk kampung .

Boleh dikatakan , hampir keseluruhan penduduk keluar menyertai aktibiti itu yang diselaraskan dibawah KRT Kg Tengah .

Acara mengukur kelapa keluarga

Tuesday, September 8, 2009

2 . ASPEK PENDIDIKAN

Rombongan pelajar yang juga anak yatim
dari Acheh , Indonesia yang melawat
ke Kg Tengah
.










Sebahagian penduduk kampung sedang mendengar taklimat H1N1 baru-baru ini






SISTEM pendidikan negara terbahagi kepada pra sekolah , sekolah rendah , sekolah menengah dan peringkat universiti .

Di peringkat pra-sekolah , anak-anak penduduk Kg Tengah mendapat pendidikan di Tabika Kemas dan pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Gedok manakala di peringkat rendah pula , sebahagian darinya bersekolah di Sekolah Kebangasaan Gedok selain Sekolah Dato Abdulah , Gemencheh Lama .








Bangunan Tabika Kemas Kg Tengah




Manakala di peringkat menengah , mereka mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato Taha , Gemencheh selain di Maahad Ahmadi bagi mereka yang mengambil aliran agama .
Boleh dikatakan hampir 100 peratus penduduk kampung ini kenal huruf dan boleh membaca walaupun mereka generasi tua .
Beberapa anak kampung ini juga telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading malahan sebahagiannya kembali semula ke kampung bagi menyumbangkan tenaga bakti kepada penduduk kampung .
Guru tuisyen yang mengajar tuisyen di balairaya adalah anak jati Kg Tengah yang menggunakan masa lapangnya untuk memberikan tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan terutamanya peperiksaan UPSR .

Selain itu , bagi mereka yang sudah berumur , pendidikan tidak formal sering diberikan dalam bentuk taklimat kepada mereka saperti taklimat H1N1 yang sedang melanda negara sekarang .

Biro Pendidikan di Pengerusikan oleh Puan Azila Ramli dibantu oleh Setiausaha Puan Hasnah Yatim dan jawatankuasanya ialah Nur Ain Kamarudin , Norliza Nordin , Mohd Rizal Alis dan Kamariah Sulaiman .

Biro ini mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan dan setakat ini tumpuan diberikan kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR .

Satu program peningkatan kecemerlangan pelajar diadakan setiap 4 kali seminggu iaitu setiap hari isnin , selasa , rabu dan jumaat dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam di balairaya Kg Tengah sendiri .

Tenaga pengajar untuk program kecemerlangan ini ialah Puan Nor Azilah Ramli bagi mata pelajaran Bahasa Melayu , Encik Mohd Zin Seran ( Mathematik ) dan Puan Isyah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris .

Sasaran ialah mencapai 85 % murid lulus dalam UPSR dan sekurang-kurangnya 10 orang daripadanya mendapat keputusan 5 A .

Menyentuh tahap pendidikan penduduk setempat , 148 orang masih di peringkat Tabika , 500 orang peringkat Sekolah Rendah , 470 orang di peringkat Sekolah Menengah , 85 orang lulusan Institut Kemahiran manakala seramai 70 orang Lulusan Universiti .

3 . ASPEK EKONOMI

BIDANG pertanian , ternakan , aquakultur serta perniagaan gerai dan bengkel adalah teras kepada kegiatan ekonomi penduduk di Kg Tengah , Gemencheh .

Walaupun sebahagiannya ada yang bekerja kerajaan dan swasta sebagai punca pendapatan , tetapi bidang ekonomi lain saperti mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 200 ekar / hektar , getah 150 ekar . hektar dan tanaman kontan di atas tanah sawah terbiar seluas 150 ekat / hektar .

Usaha ini bukan setakat mampu menjana pulangan lumayan kepada penduduk , malahan Encik Ahmad Sudin telah terpilih sebagai Johan Peladang Jaya peringkat negeri , tiga tahun berturut-turut iaitu pada 1994 , 1995 dan 1996.
Ternakan kambing boer penduduk kampung

Secara purata , pendapatan setiap isi rumah di Kg Tengah ialah kira-kira RM 1,200 sebulan dan pendapatan itu dikira memadai dengan keadaan sosial dan ekonomi setempat yang sedang pesat membangun .

Terdapat sebanyak 70 ekor ternakan lembu daging , 250 ekor ternakan kambing boer dan bebiri serta 6 ekor lembu susu diternak oleh penduduk kampung ini .

Projek ini diusahakan oleh Encik Azman Musa , 43 , dikawasan milik keluarga beliau .

Selain itu , sebanyak 6 buah kolam ikan air tawar yang menternak ikan talapia merah sedang beroporasi dan menghasilkan pulangan yang baik kepada pengusahanya .

Saorang penduduk sedang memberi makan kambing di kebunnya


Ternakan ayam kampung

Sebahagian tanah yang diusahakan dengan projek pertanian
Seluas 20 ekar atau 8.16 hektar tanah terbiar telah diusahakan oleh penduduk untuk sayuran-sayuran , pisang , tebu dan belimbing .
Tanah wakaf kubur yang sebahagian besarnya terbiar kosong juga telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk tanaman keperluan mereka saperti ubi kayu , cili api , serai dan juga tanaman herba yang lain .
Jabatan Pertanian Tampin sentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan teknikal kepada penduduk dalam mengembangkan usaha mereka itu .



4 . ASPEK KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Berbagai usaha dijalankan oleh penduduk Kg Tengah bagi menjaga kebersihan dan kesihatan penduduk setempat .

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan sekeliling kawasan rumah masing-masing , membersihkan longkang dan mengorek tanah dalam longkang tersebut , mewujudkan tempat pembuangan sampah yang teratur dan menanam pokok bunga-bungaan sekeliling kawasan rumah masing-masing .


5 . ASPEK KECERIAAN DAN KEINDAHAN

SALAH satu usaha untuk mengindahkan dan menceriakan suasana kampung ialah dengan menanam dan mewujudkan taman-taman segar dan dataran sebagai membuka minda penduduk .

Kerja-kerja membina landskap dibuat secara gotong royong dimana JKKK hanya membiayai kos asas bahan serta sadikit jamuan dan penduduk setempat memberikan sumbangan tenaga .


Kerjasama dari gulongan muda dalam menjayakan aktiviti gotong royong membina kemudahan keindahan dan keceriaan ini sangat memuaskan
.

Belia-belia sedang bergotong royong











6 . ASPEK KEROHANIAN DAN SIBIK

Kumpulan nasyid tersohor dari Kg Tengah , Gemencheh


Ceramah maulidurrasul peringkat daerah .








Penduduk kampung bersama-sama dengan krew TV 9 menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin .

MASJID menjadi institusi terpenting di Kg Tengah bagi memupuk kerohanian dan sibik dikalangan penduduk kampung .

Biar pun terdapat pelbagai kaum , keturunan dan agama di Kg Tengah , peranan masjid tetap penting kerana penerapan nilai-nilai Islam mampu menjadi ikutan semua pihak walaupun mereka bukan beragama Islam .

Justeru itu , berbagai aktiviti diatur oleh jawatankuasa masjid termasuk mengadakan majlis-majlis ilmu saperti tazkirah , kelas fardu ain , kelas mengaji Al Quran , kelas tahmir serta aktibiti-aktibiti keagamaan lain .

Sambutan Maulidur Rasul , majlis penyampaian bantuan baitulmal kepada fakir miskin dan anak yatim serta mengadakan majlis tahlil setiap bulan , adalah antara contoh aktibiti yang dirancangan untuk mengimarahkan masjid Kg Tengah .

Dari segi pencapaian , masjid Kg Tengah mendapat tempat kedua Masjid Contoh Daerah Tampin pada tahun 1992 .

Menjadi Johan masjid contoh di peringkat daerah dan ketiga di peringkat negeri pada tahun 1993 .

Pada tahun 1994 , mendapat tempat ketiga masjid contoh daerah Tampin .

Tahun 1996 mendapat tempat kedua peringkat daerah Tampin .


Tahun 2007 pula mendapat tempat ketiga masjid contoh daerah Tampin .