Wednesday, November 11, 2009

BAHULU KG TENGAH , SEDAP !!!!


SIAPA yang sudah menikmati bahalu Kg Tengah , pasti mengakui bahawa kueh bahulu itu memang sedap .

Kalau pun tidak sampai menjilat jari , tapi setidak-tidaknya kueh bahaulu tersebut lembut , sedap dan begitu menyelerakan sekali .
Rugi jika tidak menikmati kueh bahulu itu bersama dengan kopi o .
Mentua lalu belakang pun tidak perasan , begitu punya sedap .
Kalau berhajat nak membelinya , sila berhubung dengan Pengerusi JKKK Tok Jo untuk buat pesanan .
Biasanya pagi pesan , petang sampai , lain lah kalau pesanan itu terlalu banyak atau tempahan yang diterima melebihi pengeluaran .
Jangan tunggu lagi , pesan lah sekarang ...

Friday, November 6, 2009

ADC , KG TENGAH WAKILI TAMPIN

PADA 10 November 2009 ini , seramai 9 panel hakim dari peringkat Negeri Sembilan akan bertandang ke Kg Tengah , Gemencheh bagi membuat penilaian berhubung dengan penyertaan Kg Tengah dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) mewakili daerah Tampin .

Tahniah kepada semua Ahli JKKK dan semua yang terbabit secara lansung dan tidak lansung dalam usaha menjayakan majlis itu .

Harapnya dengan doa semua penduduk Gemencheh dan Tampin termasuk Ahli parlimen dan Wakil Rakyatnya , Dato DO , Penghulu dan semua anggota masyarakat , Kg Tengah bakal di nobatkan sebagai JOHAN peringkat negeri tahun ini .

Tidak ada sebab untuk menolak kejayaan Kg Tengah kali ini kerana sebagai bekas naib johan , tahun sebelum ini , sudah sampai masanya untuk Kg Tengah merasa pula menjadi Johan .

Harap-harap panel akan membuat penilaian yang adil dan memberikan markah yang sebaik-baiknya kepada Kg Tengah dalam pertandingan ini .

Amin ....

Wednesday, November 4, 2009

DATARAN GEMENCHEH di KG TENGAH





DATARAN Gemencheh di Kg Tengah telah hampir siap sepenuhnya tidak lama lagi .
Mungkin sudah 90 peratus siap dan apabila kerja-kerja terakhir termasuk pembersihan selesai , akan terserlahlah keindahan dan ke gah an dataran itu .
Tak sangka , dari padang yang dipenuhi tahi lembu satu ketika dulu , boleh kelihatan begitu indah dan bakal menjadi mercu tanda bagi pekan kecil Gemencheh .
Adalah menjhadi tanggung jawab kita semua untuk mengekalkan dan memastikan kemudahan yang disediakan kerajaan itu digunakan sepenuhnya dan dijaga sebaiknya .
Jika tidak , sudah pasti manfaatnya kepada orang ramai tidak akan tercapai dan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan awam kepada rakyat , akan tinggal angan-angan sahaja .
Tahniah kepada penduduk Kg Tengah dan kerajaan atas pembinaan dataran itu .


Monday, November 2, 2009

DEEPA RAYA KG TENGAH

Sambutan Deeparaya ( Deepavali dan Hari raya Aidilfitri ) peringkat JKKK Kg Tengah telah berjaya diadakan pada 29 oktober lalu .

Penyertaan pelajar-pelajar MRSM Gemencheh yang turut diiringi oleh Timbalan Pengetuanya , mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat .

Walaupun Dataran Gemencheh itu belum siap sepenuhnya , tetapi kerana ada keperluan untuk menggunakan kawasan itu , majlis deepa raya di adakan disitu .

YB Dato Mohd Kamil A Aziz adalah antara beberapa tetamu yang hadir , Penghulu Mukim Tok Nal pun hadir sama selain OCS Gemencheh , wakil pejabat penerangan daerah dan beberapa jabatan lain .

Dato Kamil mengingatkan semua pihak supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa dan menyokong usaha yang dijalankan kerajaan terutamanya konsep 1 Malaysia .

Beliau mengalu-ngalukan usaha JKKK mengadakan majlis itu dengan kerjasama MRSM dapat memdekatkan pelajar-pelajar sekolah dengan penduduk tempatan .

Antara acara yang diadakan pagi itu ialah gotong royong , pemeriksaan kesihatan dan majlis ucapan .