Wednesday, November 11, 2009

BAHULU KG TENGAH , SEDAP !!!!


SIAPA yang sudah menikmati bahalu Kg Tengah , pasti mengakui bahawa kueh bahulu itu memang sedap .

Kalau pun tidak sampai menjilat jari , tapi setidak-tidaknya kueh bahaulu tersebut lembut , sedap dan begitu menyelerakan sekali .
Rugi jika tidak menikmati kueh bahulu itu bersama dengan kopi o .
Mentua lalu belakang pun tidak perasan , begitu punya sedap .
Kalau berhajat nak membelinya , sila berhubung dengan Pengerusi JKKK Tok Jo untuk buat pesanan .
Biasanya pagi pesan , petang sampai , lain lah kalau pesanan itu terlalu banyak atau tempahan yang diterima melebihi pengeluaran .
Jangan tunggu lagi , pesan lah sekarang ...

Friday, November 6, 2009

ADC , KG TENGAH WAKILI TAMPIN

PADA 10 November 2009 ini , seramai 9 panel hakim dari peringkat Negeri Sembilan akan bertandang ke Kg Tengah , Gemencheh bagi membuat penilaian berhubung dengan penyertaan Kg Tengah dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) mewakili daerah Tampin .

Tahniah kepada semua Ahli JKKK dan semua yang terbabit secara lansung dan tidak lansung dalam usaha menjayakan majlis itu .

Harapnya dengan doa semua penduduk Gemencheh dan Tampin termasuk Ahli parlimen dan Wakil Rakyatnya , Dato DO , Penghulu dan semua anggota masyarakat , Kg Tengah bakal di nobatkan sebagai JOHAN peringkat negeri tahun ini .

Tidak ada sebab untuk menolak kejayaan Kg Tengah kali ini kerana sebagai bekas naib johan , tahun sebelum ini , sudah sampai masanya untuk Kg Tengah merasa pula menjadi Johan .

Harap-harap panel akan membuat penilaian yang adil dan memberikan markah yang sebaik-baiknya kepada Kg Tengah dalam pertandingan ini .

Amin ....

Wednesday, November 4, 2009

DATARAN GEMENCHEH di KG TENGAH





DATARAN Gemencheh di Kg Tengah telah hampir siap sepenuhnya tidak lama lagi .
Mungkin sudah 90 peratus siap dan apabila kerja-kerja terakhir termasuk pembersihan selesai , akan terserlahlah keindahan dan ke gah an dataran itu .
Tak sangka , dari padang yang dipenuhi tahi lembu satu ketika dulu , boleh kelihatan begitu indah dan bakal menjadi mercu tanda bagi pekan kecil Gemencheh .
Adalah menjhadi tanggung jawab kita semua untuk mengekalkan dan memastikan kemudahan yang disediakan kerajaan itu digunakan sepenuhnya dan dijaga sebaiknya .
Jika tidak , sudah pasti manfaatnya kepada orang ramai tidak akan tercapai dan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan awam kepada rakyat , akan tinggal angan-angan sahaja .
Tahniah kepada penduduk Kg Tengah dan kerajaan atas pembinaan dataran itu .


Monday, November 2, 2009

DEEPA RAYA KG TENGAH

Sambutan Deeparaya ( Deepavali dan Hari raya Aidilfitri ) peringkat JKKK Kg Tengah telah berjaya diadakan pada 29 oktober lalu .

Penyertaan pelajar-pelajar MRSM Gemencheh yang turut diiringi oleh Timbalan Pengetuanya , mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat .

Walaupun Dataran Gemencheh itu belum siap sepenuhnya , tetapi kerana ada keperluan untuk menggunakan kawasan itu , majlis deepa raya di adakan disitu .

YB Dato Mohd Kamil A Aziz adalah antara beberapa tetamu yang hadir , Penghulu Mukim Tok Nal pun hadir sama selain OCS Gemencheh , wakil pejabat penerangan daerah dan beberapa jabatan lain .

Dato Kamil mengingatkan semua pihak supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa dan menyokong usaha yang dijalankan kerajaan terutamanya konsep 1 Malaysia .

Beliau mengalu-ngalukan usaha JKKK mengadakan majlis itu dengan kerjasama MRSM dapat memdekatkan pelajar-pelajar sekolah dengan penduduk tempatan .

Antara acara yang diadakan pagi itu ialah gotong royong , pemeriksaan kesihatan dan majlis ucapan .

Thursday, October 22, 2009

RM 300,000 UNTUK LANSKAP KG TENGAH

Tidak lama lagi projek landskap Kg Tengah yang menelan belanja kira-kira RM 300,000 akan siap sepenuhnya .

Landkap ini akan memberi pemandangan yang indah di Kg Tengah dan dapat memberikan satu fenomena baru di kampung ini . Kerja-kerja akhir saperti penyediaan pentas terbuka , bangunan wakaf , penanaman pokok bunga dan lain-lain kerja yang berkaitan sudah berada di peringkat akhir .

Tidak lama lagi , keindahan landskap itu akan menjadi kebanggan bukan sahaja kepada penduduk Kg Tengah tetapi juga penduduk Tampin khususnya .

Terima kasih kepada Majlis Daerah Tampin yang telah menjayakan pembinaan landskap itu .




Jika tiada aral melintang , mungkin akan ada orang kenamaan menjejakan kaki ke Kg Tengah bagi merasmi dan meninjau pembinaan landskap tersebut .
Tahniah .

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Shawal telah menjelma .

Aidifitri telah menjelang .

Sanak saudara berkunjung sama .

Memohon maaf jika ada kesilapan .

JKKK Kg Tengah begitu jua .

Kesilapan yang ada di perbetulkan .

Kesalahan di maafkan .

Lomang yang di bakar di makan samo .

SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG TENGAH , GEMENCHEH


SELURUH PENDUDUK DAN KEPIMPINAN

KAMPUNG TENGAH , GEMENCHEH

MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN

PENGERUSI DAN JAWATANKUASA

PENEL PENILAI

ANUGERAH DESA CEMERLANG ( ADC ) 2009

SEJARAH KAMPUNG


Kg Tengah , Gemencheh diberi nama berdasarkan kedudukan geografinya berada ditengah-tengah perjalanan antara Tampin dan Gemas .

Berada kira-kira 30 kilometer dari Tampin dan Gemas , dan nama Kg Tengah wujud apabila JKKK diwujudkan di kampung ini .

Ia hasil cadangan Tuan Haji Ahmad yang merupakan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK pertama bagi Kg Tengah .

Sejarah awalnya , Kg Tengah dibuka oleh Tok Jelawai dan merangkumi 5 buah kampung kecil yang terdiri dari Kampung Luar , Kampung Padang Jual , Kampung Batang Rokan , Kampung Dusun dan Kg Bukit Terbakar .

Apabila JKKK diwujudkan dan nama kampung di tukar kepada Kg Tengah , ke semua lima kampung tadi bergabung dibawah nama Kg Tengah , Gemencheh dan kekal sahingga sekarang .

LOGO KG TENGAH , GEMENCHEH

KETERANGAN WARNA
Warna Biru PERPADUAN
Warna Kuning KEDAULATAN
Warna Merah KEBERANIAN
Warna Hijau KEHARMONIAN
KETERANGAN LOGO
TIGA BANGSA BERPIMPIN TANGAN
BUMBUNG MINANGKABAU MELAMBANGKAN NEGERI BERADAT
KOMPUTER MERUPAKAN SUMBER MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN MASA KINI

1 . ASPEK KEPIMPINAN DAN INSTITUSI






Bantuan kepada orang miskin yang disampaikan oleh exco kerajaan negeri YB Puan Zainab Nasir .










Pengerusi JKKK Kg Tengah sedang menyampaikan ucapan disatu majlis .


PINTU GERBANG YANG MENJADI KEBANGGAN PENDUDUK KG TENGAH , GEMENCHEH YANG DIBINA DIBAWAH PERUNTUKAN GDW

KEPIMPINAN tertinggi di peringkat Kg Tengah ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dimana Ketua kampung juga menjadi Pengerusi JKKK . Organisasi lain ialah Pasukan Rela , Rukun Tetangga , Gerakan Daya Wawasan (GDW) , Belia , Umno , JK Masjid , JK Taman, Medan Info Desa dan banyak lagi .

Semua organisasi ini bernaung dibawah JKKK dan JKKK menjadi badan induk utama sebagai penyelaras kepada aktibiti dan kegiatan penduduk kampung

Pengerusi JKKK / Ketua Kampung JOHARI A MAJID


Penduduk sedang mempersembahkan tarian poco-poco

Berbagai aktibiti diatur oleh JKKK antara senamrobik sempena sambutan sukaneka dan hari keluarga penduduk kampung .

Boleh dikatakan , hampir keseluruhan penduduk keluar menyertai aktibiti itu yang diselaraskan dibawah KRT Kg Tengah .

Acara mengukur kelapa keluarga

Tuesday, September 8, 2009

2 . ASPEK PENDIDIKAN

Rombongan pelajar yang juga anak yatim
dari Acheh , Indonesia yang melawat
ke Kg Tengah
.










Sebahagian penduduk kampung sedang mendengar taklimat H1N1 baru-baru ini






SISTEM pendidikan negara terbahagi kepada pra sekolah , sekolah rendah , sekolah menengah dan peringkat universiti .

Di peringkat pra-sekolah , anak-anak penduduk Kg Tengah mendapat pendidikan di Tabika Kemas dan pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Gedok manakala di peringkat rendah pula , sebahagian darinya bersekolah di Sekolah Kebangasaan Gedok selain Sekolah Dato Abdulah , Gemencheh Lama .








Bangunan Tabika Kemas Kg Tengah




Manakala di peringkat menengah , mereka mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato Taha , Gemencheh selain di Maahad Ahmadi bagi mereka yang mengambil aliran agama .
Boleh dikatakan hampir 100 peratus penduduk kampung ini kenal huruf dan boleh membaca walaupun mereka generasi tua .
Beberapa anak kampung ini juga telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading malahan sebahagiannya kembali semula ke kampung bagi menyumbangkan tenaga bakti kepada penduduk kampung .
Guru tuisyen yang mengajar tuisyen di balairaya adalah anak jati Kg Tengah yang menggunakan masa lapangnya untuk memberikan tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan terutamanya peperiksaan UPSR .

Selain itu , bagi mereka yang sudah berumur , pendidikan tidak formal sering diberikan dalam bentuk taklimat kepada mereka saperti taklimat H1N1 yang sedang melanda negara sekarang .

Biro Pendidikan di Pengerusikan oleh Puan Azila Ramli dibantu oleh Setiausaha Puan Hasnah Yatim dan jawatankuasanya ialah Nur Ain Kamarudin , Norliza Nordin , Mohd Rizal Alis dan Kamariah Sulaiman .

Biro ini mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan dan setakat ini tumpuan diberikan kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR .

Satu program peningkatan kecemerlangan pelajar diadakan setiap 4 kali seminggu iaitu setiap hari isnin , selasa , rabu dan jumaat dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam di balairaya Kg Tengah sendiri .

Tenaga pengajar untuk program kecemerlangan ini ialah Puan Nor Azilah Ramli bagi mata pelajaran Bahasa Melayu , Encik Mohd Zin Seran ( Mathematik ) dan Puan Isyah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris .

Sasaran ialah mencapai 85 % murid lulus dalam UPSR dan sekurang-kurangnya 10 orang daripadanya mendapat keputusan 5 A .

Menyentuh tahap pendidikan penduduk setempat , 148 orang masih di peringkat Tabika , 500 orang peringkat Sekolah Rendah , 470 orang di peringkat Sekolah Menengah , 85 orang lulusan Institut Kemahiran manakala seramai 70 orang Lulusan Universiti .

3 . ASPEK EKONOMI

BIDANG pertanian , ternakan , aquakultur serta perniagaan gerai dan bengkel adalah teras kepada kegiatan ekonomi penduduk di Kg Tengah , Gemencheh .

Walaupun sebahagiannya ada yang bekerja kerajaan dan swasta sebagai punca pendapatan , tetapi bidang ekonomi lain saperti mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 200 ekar / hektar , getah 150 ekar . hektar dan tanaman kontan di atas tanah sawah terbiar seluas 150 ekat / hektar .

Usaha ini bukan setakat mampu menjana pulangan lumayan kepada penduduk , malahan Encik Ahmad Sudin telah terpilih sebagai Johan Peladang Jaya peringkat negeri , tiga tahun berturut-turut iaitu pada 1994 , 1995 dan 1996.
Ternakan kambing boer penduduk kampung

Secara purata , pendapatan setiap isi rumah di Kg Tengah ialah kira-kira RM 1,200 sebulan dan pendapatan itu dikira memadai dengan keadaan sosial dan ekonomi setempat yang sedang pesat membangun .

Terdapat sebanyak 70 ekor ternakan lembu daging , 250 ekor ternakan kambing boer dan bebiri serta 6 ekor lembu susu diternak oleh penduduk kampung ini .

Projek ini diusahakan oleh Encik Azman Musa , 43 , dikawasan milik keluarga beliau .

Selain itu , sebanyak 6 buah kolam ikan air tawar yang menternak ikan talapia merah sedang beroporasi dan menghasilkan pulangan yang baik kepada pengusahanya .

Saorang penduduk sedang memberi makan kambing di kebunnya


Ternakan ayam kampung

Sebahagian tanah yang diusahakan dengan projek pertanian
Seluas 20 ekar atau 8.16 hektar tanah terbiar telah diusahakan oleh penduduk untuk sayuran-sayuran , pisang , tebu dan belimbing .
Tanah wakaf kubur yang sebahagian besarnya terbiar kosong juga telah diusahakan oleh penduduk kampung untuk tanaman keperluan mereka saperti ubi kayu , cili api , serai dan juga tanaman herba yang lain .
Jabatan Pertanian Tampin sentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan teknikal kepada penduduk dalam mengembangkan usaha mereka itu .



4 . ASPEK KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Berbagai usaha dijalankan oleh penduduk Kg Tengah bagi menjaga kebersihan dan kesihatan penduduk setempat .

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan sekeliling kawasan rumah masing-masing , membersihkan longkang dan mengorek tanah dalam longkang tersebut , mewujudkan tempat pembuangan sampah yang teratur dan menanam pokok bunga-bungaan sekeliling kawasan rumah masing-masing .


5 . ASPEK KECERIAAN DAN KEINDAHAN

SALAH satu usaha untuk mengindahkan dan menceriakan suasana kampung ialah dengan menanam dan mewujudkan taman-taman segar dan dataran sebagai membuka minda penduduk .

Kerja-kerja membina landskap dibuat secara gotong royong dimana JKKK hanya membiayai kos asas bahan serta sadikit jamuan dan penduduk setempat memberikan sumbangan tenaga .


Kerjasama dari gulongan muda dalam menjayakan aktiviti gotong royong membina kemudahan keindahan dan keceriaan ini sangat memuaskan
.

Belia-belia sedang bergotong royong











6 . ASPEK KEROHANIAN DAN SIBIK

Kumpulan nasyid tersohor dari Kg Tengah , Gemencheh


Ceramah maulidurrasul peringkat daerah .








Penduduk kampung bersama-sama dengan krew TV 9 menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin .

MASJID menjadi institusi terpenting di Kg Tengah bagi memupuk kerohanian dan sibik dikalangan penduduk kampung .

Biar pun terdapat pelbagai kaum , keturunan dan agama di Kg Tengah , peranan masjid tetap penting kerana penerapan nilai-nilai Islam mampu menjadi ikutan semua pihak walaupun mereka bukan beragama Islam .

Justeru itu , berbagai aktiviti diatur oleh jawatankuasa masjid termasuk mengadakan majlis-majlis ilmu saperti tazkirah , kelas fardu ain , kelas mengaji Al Quran , kelas tahmir serta aktibiti-aktibiti keagamaan lain .

Sambutan Maulidur Rasul , majlis penyampaian bantuan baitulmal kepada fakir miskin dan anak yatim serta mengadakan majlis tahlil setiap bulan , adalah antara contoh aktibiti yang dirancangan untuk mengimarahkan masjid Kg Tengah .

Dari segi pencapaian , masjid Kg Tengah mendapat tempat kedua Masjid Contoh Daerah Tampin pada tahun 1992 .

Menjadi Johan masjid contoh di peringkat daerah dan ketiga di peringkat negeri pada tahun 1993 .

Pada tahun 1994 , mendapat tempat ketiga masjid contoh daerah Tampin .

Tahun 1996 mendapat tempat kedua peringkat daerah Tampin .


Tahun 2007 pula mendapat tempat ketiga masjid contoh daerah Tampin .

Monday, August 31, 2009

7 . ASPEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MEDAN INFO DESA (MID) Tampin di Kg Tengah menjadi teras utama dalam mempertingkatkan kemahiran komputer bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga kepada penduduk dari kampung-kampung lain .

Setakat ini MID telah mengadakan kira-kira 100 kursus dengan output seramai 2,000 peserta , dimana sebahagian besarnya terdiri dari kalangan pemimpin JKKK , ahli-ahli persatuan belia dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah .

Jawatan kuasa Biro Teknologi Maklumat ini di Pengerusikan oleh Puan Zarina Mohamad , Setiausaha Cik Fazlin Baharudin dan dianggotai oleh Norhafida Hussin , Mohd Shahmi Mohd Darif , Aida Edon dan Rizal Alias .

Baru-baru ini satu bengkel penyediaan dan pengemaskinian Buku Profail Kampung JKKK /GDW telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik dari JKKK seluruh daerah ini .



Peserta bengkel bergambar kenangan dengan Penghulu Mukim , Penyelia Kemas dan Pengerusi JKKK Kg Tengah .


Setakat ini , hampir 80 peratus penduduk tempatan tahu menggunakan komputer dimana sebanyak 38 buah rumah mempunyai komputer pribadi masing-masing dirumah .
Mereka yang masih belum tahu menggunakan komputer terdiri dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun keatas tetapi usaha sedang dibuat oleh JKKK dan MID bagi membantu mereka mengenal dan tahu menggunaka komputer .
Pendedahkan kepada teknologi maklumat saperti penyediaan blog ini dengan isi kandungan merangkumi aktibiti penduduk , diharap dapat meransang minat mereka blajar komputer bagi mengetahui aktibiti yang telah dan sedang dijalankan .

JKKK Kg Tengah juga mempunyai e mail sendiri iaitu kgtengah@yahoo.com bagi kegunaan JKKK berhubung dengan dunia luar melalui internet .

INFO PASARANA ASAS

Bakalan Air Paip SAINS 100 peratus ( 188 rumah )

Bekalan Eltrik TNB 100 peratus ( 188 rumah )

Sistem Sanitasi

Tanda Pam 170 rumah

Tandas Curah 18 rumah

Jalan Tar 15 kilometer

Jalan Tanah Merah 0.5 kilometer


KEMUDAHAN SOSIAL

Masjid 1 buah

Balairaya 1 buah

Telefon Awam 1 buah

Tabika Kemas 1 buah

Pusat Komputer ( MID ) 1 buah

Bengkel 5 buah

Kedai 4 buah

Gerai Makanan 9 buah

Pondok Bas 2 buah

Padang Permainan Kanak-Kanak 1 buah

Padang Bola 1 buah

Gelanggang Permainan 1 buah

Tanah Perkuburan 2 buah

Thursday, August 27, 2009

KURSUS KUMPUTER BELIA MAYC TAMPIN

Bertempat di Medan Info Desa (MID) Tampin , di Kg Tengah , lebih 100 belia mengikuti kursus komputer dibawah kelolaan JKKK Kg Tengah , MAYC Tampin dan MID .

Semua belia ini di bahagikan kepada 6 peringkat dimana ADUN Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz telah sudi untuk menyampaikan sijil tamat kursus kepada mereka .

Dato Kamil mengingatkan belia-belia supaya sentiasa memanfaatkan kemudahan teknologi sedia ada supaya mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat .

Katanya , belia adalah generasi masa depan dan jika mereka ketinggalan dalam menangani teknologi semasa , mereka akan jadi belia yang jumud dan kepimpinan negara terletak dalam tangan mereka .

" Sudah sampai masanya untuk belia hari ini mengetahui teknologi komputer dan internet kerana itu adalah teknologi semasa yang perlu diketahu semua .

" Jika tidak kita akan menjadi manusia yang ketinggalan maklumat sedangkan maklumat hari ini adalah keperluan utama dalam kehidupan kita ," katanya .

Pengerusi JKKK Encik Johari A Majid pula menyifatkan kursus itu sebagai amat bermakna sekali dan berharap lebih ramai belia disekitar daerah ini dan Gemencheh menggunakan kemudahan yang ada di MID .

Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Penghulu Mukim Gemencheh Encik Zainalarifin Haji Saleh yang mewakili Dato Pegawai Daerah Tampin .

KG TENGAH JOHAN ADC 2009

JKKK Kg Tengah berjaya di nobatkan sebagai JOHAN Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat daerah Tampin tahun ini .

Tahniah kepada semua ahli JKKK dan penduduk yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis penghakiman ADC lalu .

Pengerusi JKKK Tok Jo( pegang mikropon) sedang memberikan taklimat kepada panel hakim

Pengerusi dan ahli panel ADC sedang membuat penghakiman
Penghulu Mukim Tok Zainal menjadi pengerusi panel hakim banyak membantu dalam menjayakan kejayaan Kg Tengah dalam ADC kali ini .

Begitu juga dengan pihak Kemas yang sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan berbagai kursus dan aktibiti untuk kemudahan penduduk kampung .

Kita perlu pertingkatkan persediaan kita untuk menghadapi ADC peringkat negeri pula dan insya-Allah , ADC peringkat kebangsaan jika terpilih mewakili Negeri Sembilan .


SELAMAT DATANG AHLI PANEL KE KAMPONG TENGAH GEMENCHEH

SELAMAT MEMBACA BLOG INI

Selamat Datang Ke Blog Kampung Tengah , Gemencheh .