Tuesday, September 8, 2009

2 . ASPEK PENDIDIKAN

Rombongan pelajar yang juga anak yatim
dari Acheh , Indonesia yang melawat
ke Kg Tengah
.










Sebahagian penduduk kampung sedang mendengar taklimat H1N1 baru-baru ini






SISTEM pendidikan negara terbahagi kepada pra sekolah , sekolah rendah , sekolah menengah dan peringkat universiti .

Di peringkat pra-sekolah , anak-anak penduduk Kg Tengah mendapat pendidikan di Tabika Kemas dan pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Gedok manakala di peringkat rendah pula , sebahagian darinya bersekolah di Sekolah Kebangasaan Gedok selain Sekolah Dato Abdulah , Gemencheh Lama .








Bangunan Tabika Kemas Kg Tengah




Manakala di peringkat menengah , mereka mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato Taha , Gemencheh selain di Maahad Ahmadi bagi mereka yang mengambil aliran agama .
Boleh dikatakan hampir 100 peratus penduduk kampung ini kenal huruf dan boleh membaca walaupun mereka generasi tua .
Beberapa anak kampung ini juga telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading malahan sebahagiannya kembali semula ke kampung bagi menyumbangkan tenaga bakti kepada penduduk kampung .
Guru tuisyen yang mengajar tuisyen di balairaya adalah anak jati Kg Tengah yang menggunakan masa lapangnya untuk memberikan tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan terutamanya peperiksaan UPSR .

Selain itu , bagi mereka yang sudah berumur , pendidikan tidak formal sering diberikan dalam bentuk taklimat kepada mereka saperti taklimat H1N1 yang sedang melanda negara sekarang .

Biro Pendidikan di Pengerusikan oleh Puan Azila Ramli dibantu oleh Setiausaha Puan Hasnah Yatim dan jawatankuasanya ialah Nur Ain Kamarudin , Norliza Nordin , Mohd Rizal Alis dan Kamariah Sulaiman .

Biro ini mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan dan setakat ini tumpuan diberikan kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR .

Satu program peningkatan kecemerlangan pelajar diadakan setiap 4 kali seminggu iaitu setiap hari isnin , selasa , rabu dan jumaat dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam di balairaya Kg Tengah sendiri .

Tenaga pengajar untuk program kecemerlangan ini ialah Puan Nor Azilah Ramli bagi mata pelajaran Bahasa Melayu , Encik Mohd Zin Seran ( Mathematik ) dan Puan Isyah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris .

Sasaran ialah mencapai 85 % murid lulus dalam UPSR dan sekurang-kurangnya 10 orang daripadanya mendapat keputusan 5 A .

Menyentuh tahap pendidikan penduduk setempat , 148 orang masih di peringkat Tabika , 500 orang peringkat Sekolah Rendah , 470 orang di peringkat Sekolah Menengah , 85 orang lulusan Institut Kemahiran manakala seramai 70 orang Lulusan Universiti .

No comments:

Post a Comment